Panduan Membeli Rumah Subsales

JOM KETAHUI LANGKAH-LANGKAH UNTUK MEMILIKI RUMAH SUBSALES

Panduan Membeli Rumah Subsales. Sebelum itu, jom fahami maksud rumah undercon, subsale dan baru ini terlebih dahulu. Panduan Membeli Rumah Subsales.

Rumah Undercon : Rumah jenis ini merupakan rumah baru namun masih dalam proses pembinaan.


Rumah Subsale : Rumah subsale bermaksud rumah second hand dan sebelum anda telah ada tuannya.


Rumah Baru : Ini pula bermaksud, rumah yang telah siap dan belum mempunyai tuan. Anda orang pertama yang akan menduduki rumah ini.

Langkah-langkah untuk membeli rumah

  • LANGKAH 1
  • LANGKAH 2
  • LANGKAH  3
  • LANGKAH  4
  • LANGKAH  5
  • LANGKAH  6
  • LANGKAH  7
  • LANGKAH  8
  • LANGKAH  9
LANGKAH 1
  • Semak kelayakan (DSR) dari ejen hartanah
  • Pilih rumah ikut kelayakan, bajet dan matlamat (sama ada pelaburan atau kediaman)
  • Pembeli & ejen hartanah buat tinjauan (viewing) rumah
LANGKAH 2
  • Tandatangan Letter of Acceptance (LOA) atau Offer to Purchase Form (OTP)
  • Jika sudah berkenan, buat bayaran 1K untuk "lock" unit agar tidak terlepas ke pembeli lain atau terus buat bayaran wang pendahuluan 3.18% (earnest deposit)
  • Pastikan bayaran ini dibayar kepada syarikat ejen hartanah atau syarikat guaman, bukan terus kepada mana-mana individu, baik ejen atau tuan rumah.
LANGKAH  3
  • Setelah pembeli melunaskan 3.18% deposit, ejen hartanah akan hantar dokumen pembeli kepada pihak bank untuk proses pinjaman
  • Jika permohonan tidak lulus, deposit 3.18% dipulangkan (refund) 100%
LANGKAH  4
  • Selepas pinjaman lulus, ejen hartanah akan uruskan untuk lantik peguam SPA (Sales and Purchase Agreement atau Perjanjian Jual Beli)
  • Pembeli tandatangan tawaran pinjaman atau Letter Offer (LO) daripada bank
  • Peguam sediakan SPA baru dan dapatkan tandatangan pembeli dan penjual

*JANGAN SEKALI-KALI TANDATANGAN SPA SELAGI BELUM ADA MINIMA SATU (1) PINJAMAN YANG DAH LULUS.

  • Jelaskan baki 7%. Kalau tak, anda tak boleh tandatangan SPA (Dalam langkah #3 tadi, kita dah bayar 3%. Jumlah ni kita perlu cukupkan sampai 10% sebelum tandatangan SPA)

*kecuali mereka yang dapat tawaran deposit rendah atau boleh menunggu keluaran KWSP

LANGKAH  5
  • Pembeli jumpa peguam untuk tandatangan Perjanjian Pinjaman atau Loan Agreement (LA)
  • Tunggu 3 hingga 6 bulan untuk pihak bank membayar penjual jumlah yang tertunggak (baki 90%, selepas pembeli dah bayar 10% bagi pinjaman yang lulus 90%)
  • Rajin-rajinlah hubungi peguam LA tersebut untuk pastikan kes pelepasan pinjaman (loan disbursement) ini ada kemajuan dari masa ke semasa
LANGKAH  6
  • Peguam SPA akan buat permohonan "consent" daripada pihak berkuasa negeri untuk proses pindah milik
  • Sekiranya Freehold, selepas SPA Stamping terus boleh keluarkan KWSP.
  • Sekiranya Leasehold , kena tunggu dapat consent siap, dapat surat pelepasan pinjaman dari peguam LA, baru boleh keluarkan KWSP.
  • Kerapkan tanya peguam SPA yang uruskan jual beli rumah anda agar proses tidak tertunda.
LANGKAH  7
  • Bank akan jelaskan semua jumlah tertunggak kepada penjual dan serahkan 90% kepada peguam.
  • Peguam semak segala tunggakan bersangkut paut dengan rumah tersebut (bil api air, indah water, cukai, 'maintenance fees').
  • Sekiranya ada tunggakan, penjual perlu lunaskan dan peguam akan pastikan segalanya selesai sebelum uruskan proses pengambilan kunci.
LANGKAH  8
  • Peguam akan uruskan dokumen di pejabat tanah untuk pertukaran nama di geran
  • Pemilik rumah atau penjual akan kosongkan rumah untuk selesaikan proses pemindahan yang dah berjaya
LANGKAH  9
  • Pembeli akan dapat kunci rumah dan rumah itu sekarang dah jadi hak milik anda
  • Penjual dapat baki duit hasil jualan rumah.

*Bila membeli rumah, penting juga untuk faham kos guaman. Kos ni berbeza bagi setiap nilai hartanah.


Nak tahu berapa kos guaman (legal fees) hartanah? Terus follow fb saya, kongsikan artikel ini dan komen di bawah. Nanti akan saya buat artikel seterusnya berkenaan kos guaman dan info berkaitan yang perlu diketahui bagi mereka merancang membeli mahupun melabur dalam hartanah.

alimi_property

MOST VISITORS ALSO READ THIS ARTICLE

alimi_property
Program 1 Anggota 1 Rumah
Betul..nak untung dalam hartanah, bukan waktu menjual sahaja, tapi...
alimi_property
Panduan Membeli Rumah Subsales
Jom Ketahui Langkah-langkah Untuk Memiliki Rumah Subsales..
alimi_property
Tips Bina Rumah Atas Tanah Sendiri!
Jika anda ingin membina kediaman impian, adalah lebih baik anda...