Apa Itu DSR?

Dalam urusan membeli rumah, perkara utama sekali ialah mendapatkan pembiayaan perumahan (home loan), melainkan anda beli secara tunai.

Bank akan rujuk 3 perkara UTAMA ni untuk luluskan atau tolak (reject) pembiaayaan (fancing) kita.

  1. DSR
  2. CCRIS/CTOS
  3. Skor kredit

‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍

♣️DSR (Debt Service Ratio)

Maksud DSR ini boleh rujuk dalam kedua-dua video.

DSR ni adalah kiraan kemampuan meminjam kita berdasarkan gaji. DSR ini juga menentukan lulus 100%, 90% atau kurang dari itu untuk pembiayaan perumahan (financing).

Ada yang bertanya, kenapa dia tak lulus 100% pembiayaan sedangkan itu ialah rumah pertama. Salah satu puncanya ialah kerana DSR, nak lebih jelas, boleh rujuk kepada video saya.

Sebagai contoh gaji kita RM 3000 dengan DSR 60%, maksimum boleh loan sampai RM 1,800 sebulan SAHAJA. Bank takkan luluskan loan lebih dari ni. Jadi,jika rumah 500K pada kadar ansuran rm2500 sebulan, anda tidak mungkin dapat pembiayaan penuh (full loan) atau 100%.

Kiraan DSR setiap bank berbeza ikut jumlah gaji.

FORMULA UNTUK KIRA DSR UNTUK BELI RUMAH

Gaji bersih x DSR Bank (contoh bank A 60%)= Max DSR

Max DSR-komitmen= Bayaran Bulanan Rumah yang Kita Mampu

Bayaran Bulanan Rumah yang Kita Mampu x 200= Harga Rumah Yang Kita Mampu


Contoh:

Komitmen: RM 400 (kereta)

Gaji bersih: RM 3,000


Max DSR: RM 3,000 x 60%= RM 1,800

Bayaran Bulanan Rumah: RM 1,800- RM 400= RM 1,400

Rumah Yg Boleh Dicari: RM 1,400 x 200= RM 280,000


Jadi dengan gaji RM 3,000 dan komitmen kereta RM 400, maksimum harga rumah yg bank boleh luluskan adalah RM 280,000.


Ini kiraan kasar sahaja. Boleh rujuk pegawai bank untuk kiraan tepat ya.

MOST VISITORS ALSO READ THIS ARTICLE

alimi_property
Panduan Membeli Rumah Subsales
Jom Ketahui Langkah-langkah Untuk Memiliki Rumah Subsales..