Q&A

RESIDENSI WILAYAH

(RUMAWIP)



SOALAN LAZIM


Apakah itu RESIDENSI WILAYAH?

Ia merupakan rumah mampu milik untuk golongan berpendapatan sederhana dan rendah yang menetap dan bekerja di Wilayah Persekutuan.

Apakah ciri-ciri utama RESIDENSI WILAYAH ?

RESIDENSI WILAYAH merupakan program rumah mampu milik yang hanya tertumpu di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan sahaja.

Berapakah bilangan RESIDENSI WILAYAH yang akan dibina?

Dijangka sebanyak 80,000 unit RESIDENSI WILAYAH dirancang untuk pembinaan yang akan datang di Wilayah Persekutuan dalam tempoh masa 10 tahun (2019 – 2028).

Apakah jenis rumah dan ditawarkan di bawah RESIDENSI WILAYAH?

Residensi Wilayah menawarkan rumah yang mempunyai tiga (3) bilik tidur, dua (2) bilik air, dapur, ruang tamu, ruang makan dan yard serta dalam bentuk rumah berstrata.

Siapa yang layak memohon RESIDENSI WILAYAH?

Warganegara Malaysia berumur 21 tahun ketika permohonan dibuat dan dilahirkan, menetap atau bekerja di Wilayah Persekutuan. Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM10,000 sebulan bagi pemohon bujang/tidak berkeluarga atau RM15,000 sebulan bagi pemohon yang telah berkahwin.

Adakah pemohon yang bujang layak untuk memohon RESIDENSI WILAYAH?

Ya, layak, asalkan pendapatan isi rumah pemohon RM10,000 sebulan dan ke bawah.

Adakah pesara layak memohon untuk membeli unit RESIDENSI WILAYAH?

Boleh. Tertakluk kepada syarat dan peraturan yang sedang berkuatkuasa dari semasa ke semasa.

Berapakah bilangan projek yang boleh dipohon oleh pemohon?

Pemohon hanya dibenarkan untuk memohon 1 projek sahaja.

Apakah itu pendapatan isi rumah?

Pendapatan isi rumah adalah pendapatan kasar (termasuk gaji, komisen dan elaun-elaun lain) untuk isi rumah (suami dan isteri sahaja).

Bagaimanakah untuk memohon Residensi Wilayah?

Permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) di https://residensiwilayah.kwp.gov.my. Pemohon perlu memastikan alamat emel adalah tepat kerana semua notifikasi akan dihantar melalui emel.

Sekiranya pemohon telah memiliki rumah di negeri lain, adalah pemohon masih layak untuk memiliki unit RESIDENSI WILAYAH?

Boleh, dengan syarat tidak memiliki sebarang hartanah/kediaman di Wilayah Persekutuan tertakluk kepada syarat dan peraturan yang sedang berkuat kuasa dari semasa ke semasa.

Adakah sebarang pembiayaan disediakan untuk pembelian unit RESIDENSI WILAYAH?

Pembiayaan adalah urusan pemohon sendiri.

Adakah RESIDENSI WILAYAH boleh disewakan?

Pembeli tidak dibenarkan menyewakan rumah kepada bukan warganegara Malaysia.

Bolehkah unit RESIDENSI WILAYAH yang dibeli dan kemudiannya dijual?

RESIDENSI WILAYAH mensyaratkan sekatan penjualan selama 10 tahun dari tarikh pertama Perjanjian Jual Beli ditandatangani.

Adakah unit RESIDENSI WILAYAH ini boleh ditawarkan dalam bentuk sewa beli?

Tidak. Unit RESIDENSI WILAYAH ini hanya untuk dijual sahaja.

Apakah ciri-ciri utama RESIDENSI WILAYAH ?

RESIDENSI WILAYAH merupakan program rumah mampu milik yang hanya tertumpu di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan sahaja.

Bolehkah dokumen sokongan dihantar melalui alamat emel RESIDENSI WILAYAH?

Tidak boleh. Pemohon perlu memuat naik dokumen sokongan seperti yang disyaratkan ke dalam Portal Residensi Wilayah.

Apakah jenis rumah dan ditawarkan di bawah RESIDENSI WILAYAH?

Residensi Wilayah menawarkan rumah yang mempunyai tiga (3) bilik tidur, dua (2) bilik air, dapur, ruang tamu, ruang makan dan yard serta dalam bentuk rumah berstrata.

Penyata gaji pemohon yang terkini sebulan sahaja atau 3 bulan untuk dikemukakan kepada pihak Urusetia?

Pemohon perlu mengemukakan penyata gaji bagi 3 bulan.

Jika saya menyewa sekarang, adakah saya perlu melampirkan salinan bil elektrik dan salinan bil air?

Ya, pemohon perlu melampirkan bil elektrik dan bil air atau dokumen lain sebagai bukti kediaman tersebut.

Bagaimanakah cara untuk melengkapkan Surat Akuan Sumpah?

Pemohon perlu memuat turun surat akaun sumpah dari Portal Residensi Wilayah dan perlu ditandantangani di hadapan Hakim/Majistret atau Pesuruhjaya Sumpah.

Bolehkah saya memohon Ketua Kampung atau wakil rakyat membuat pengesahan Surat Akaun Sumpah tersebut?

Pihak Urus Setia RESIDENSI WILAYAH hanya menerima pengesahan oleh Hakim Mahkamah Sesyen/Majistret dan Pesuruhjaya Sumpah berdasarkan Akta Akuan Berkanun 1960 sahaja. Mana-mana pengesahan oleh badan atau individu yang tidak dinyatakan adalah tidak diterima.

Bagaimanakah untuk mengetahui status permohonan?

Pemohon boleh menyemak status permohonan melalui akaun pemohon di portal Residensi Wilayah.

Bolehkah pemaju membuat sebarang kutipan bagi proses permohonan Residensi Wilayah sebelum menandatangani Perjanjian Jual Beli?

Tidak boleh. Tiada sebarang bentuk kutipan wang boleh dilakukan oleh pemaju daripada pemohon termasuklah kutipan yuran komitmen sebelum menandatangani perjanjian jual beli kerana ia bercanggah dengan Peraturan-Peraturan Pemajuan Perumahan (Kawalan Dan Pelesenan) 1989 bagi melindungi kepentingan pembeli dan pematuhan peraturan di bawah Akta 118. Sebarang aduan berkaitan kutipan bayaran hendaklah dikemukakan terus kepada Sistem Aduan Bersepadu Jabatan Perumahan Negara di laman url: https://aduan.kpkt.gov.my/aduan-online/entry/aduanperumahan.cfm

Berapakah bayaran pertama yang perlu dikemukakan oleh pemohon?

Pemohon yang telah berjaya ditawarkan unit RESIDENSI WILAYAH perlu mengemukakan bayaran sebanyak 10% daripada harga unit yang ditawarkan kepada pemaju selaras dengan Perjanjian Jual Beli yang ditandatangani antara pembeli dan pemaju untuk urusan jual beli selanjutnya.

Bolehkah saya membatalkan mana-mana permohonan projek RESIDENSI WILAYAH bagi membolehkan saya memilih projek lain?

Pemohon boleh membatalkan sendiri permohonan untuk memilih projek lain dengan syarat status permohonan adalah Tidak Lengkap/Lengkap. (Sila klik maklumat terperinci di permohonan projek di dashboard kemudian pilih batalkan permohonan) . Jika status permohonan adalah Semakan Urus setia, pemohon perlu mengemukakan emel beserta alasan untuk pembatalan projek ke alamat emel urusetiaresidensiwilayah@kwp.gov.my. Maklumat yang perlu dikemukakan adalah seperti berikut : i) Nama penuh ii) Nombor Kad Pengenalan iii) Projek yang ingin digugurkan iv) Alasan Jika pemohon telah memilih berminat dan mendapat surat tawaran, pemohon perlu berurusan dengan pemaju projek yang telah ditawarkan untuk membatalkan projek yang telah ditawarkan.

Berapa lamakah tempoh sah laku permohonan?

Tempoh sah laku permohonan adalah 12 bulan dari tarikh dokumen sokongan lengkap dimuat naik.

Apakah tindakan yang akan dikenakan kepada pemohon yang mengemukakan dokumen palsu atau memberikan status perkahwinan yang tidak benar?

Permohonan akan dibatalkan dan pemohon akan disenaraihitamkan daripada memohon semua program rumah mampu milik di bawah Kementerian Wilayah Persekutuan.

Siapakah yang boleh dijadikan sebagai Penama Kedua?

Pemohon dibenarkan untuk meletakkan penama kedua dalam Perjanjian Jual Beli dan Perjanjian Pinjaman Perumahan. Penama kedua terhad kepada pasangan (suami/isteri) atau ahli keluarga yang mempunyai pertalian darah (kandung) sahaja yang merujuk kepada ibu/bapa/adik-beradik/anak dan berstatus warganegara Malaysia. Kombinasi pendapatan pemohon dan penama kedua hendaklah tidak melebihi RM15,000 sebulan. Penama kedua juga mestilah belum memiliki kediaman RW.