BIODATA

ALIMI OTHMAN

alimi_property

Alimi Othman, juga dikenali mimi oleh keluarga dan kenalan terdekat. Beliau menggunakan nama samaran di media sosial Alimi Mikayla atau Alimikayla (yang bermaksud Gedung ilmu pemberian Allah), kerana berharap setiap pujian dilontarkan padanya, dikembalikan kepada Allah. Beliau telah berkecimpung dalam bidang hartanah secara separuh masa, bermula dari awal kerjaya pada 2013. Di mana telah membeli rumah pertamanya pada 2011 dan menguruskan rumah pelaburan pertamanya bermula 2013.

READ MORE

Alimi Othman, juga dikenali mimi oleh keluarga dan kenalan terdekat. Beliau menggunakan nama samaran di media sosial Alimi Mikayla atau Alimikayla (yang bermaksud Gedung ilmu pemberian Allah), kerana berharap setiap pujian dilontarkan padanya, dikembalikan kepada Allah.

Beliau telah berkecimpung dalam bidang hartanah secara separuh masa, bermula dari awal kerjaya pada 2013. Di mana telah membeli rumah pertamanya pada 2011 dan menguruskan rumah pelaburan pertamanya bermula 2013.


Awal kerjayanya sebagai seorang guru di salah satu sekolah swasta terkenal di Kelana Jaya dan Kota Damansara yang menggunakan syllabus Singapore ~ dari situlah beliau mendapat gelaran Teacher Alimi. Beliau juga pernah mengetuai kumpulan pemasaran beberapa produk kecantikan dan kesihatan (team leader) sehingga melekat nama Ummi.


Walau bergelar graduan Sains Nuklear dari UKM, sarjana kejuruteraan kimia dari UTP, beliau lebih meminati bidang pasaran kerana sudah terdidik berniaga dari kecil dengan membantu ayah, seorang penjaja di pasar malam. Teacher Alimi juga anak didik Prof Dato, Dr, Syed Ahmad Al Saggof dalam bidang Motivator,Pidato, mendapat Certified Psychology Communication (Humanitarian Law), Beliau juga cikgu dan juga pelajar VVIP Akademi Motivator Professional Malaysia, pernah mengajar separuh masa di salah satu Kolej Vokasional.


Minat dalam bidang hartanah sekian lama dan berdasarkan pengalaman membeli rumah pelaburan dan rumah pertama untuk diri sendiri dan suami, Teacher Alimi akhirnya membuat keputusan memulakan kerjaya perunding hartanah sepenuh masa pada 2019.


Pengalaman beberapa kali kena scam dalam usaha memiliki rumah ketika tiada pengalaman, menjadikan beliau tekad untuk membantu orang lain juga yang menghadapi kesukaran sama. Malah, Teacher Alimi telah berjaya membantu diri dan beberapa klien dari kemelut kewangan, dengan menukarkan hutang jahat ke aset hartanah (convert bad debt to good debt).


Pada awal penglibatan secara sepenuh masa, beliau berjaya mendapat anugerah jualan konsisten dan seterusnya berjaya rekrut dan mengasah bakat baru perunding hartanah, seterusnya mempunyai pasukan hartanah sendiri yang makin berkembang dari semasa ke semasa.


Sebagai perunding hartanah atau REN (real estate negotiator), Teacher Alimi bersama kumpulannya di IQI iRealty Group telah membantu lebih 1,000 klien mencapai objektif kewangan mereka melalui pelaburan hartanah dan sekaligus pada masa sama membatu mereka mencapai impian memiliki rumah idaman mereka.

PENCAPAIAN